Wireman dan Chargeman - Macam mana nak mohon Tc. dari MBOT?
3 min read

Wireman dan Chargeman - Macam mana nak mohon Tc. dari MBOT?

Hai Assalamualaikum. salam 10.10 semua.. kaki shoping online pantang dengan tarikh peristiwa 1.1 2.2 3.3 10.10 11.11 ni. betul ke? haha apa-apa pun korang beli lah bila perlu sahaja ya.kerana pepatah orang bijak bagitau yang "membeli barang kehendak  akan menyebabkan kita menjualnya untuk barang keperluan" tak paham takpe.

Ok abgdin bukan nak bebel pasal tarikh 10.10 ni, abgdin nak share pasal sijil pengiktirafan dari MBOT kepada juruteknik di Malaysia yang mana siapa yang mohon dan lulus akan dapat title macam Ir dekat depan nama, tapi untuk Juruteknik kita akan dapat title Tc. iaitu Certified Technician atau Bahasa Melayu nya Juruteknik Bertauliah.

Dan entry ni abgdin kongsi khas untuk warga Chargeman dan Wireman ya. abgdin dah mohon dan lulus sebelum ni guna diploma elektrikal sama.tapi sebab pada 5.10.2021 pihak MBOT telah mengeluarkan satu memo yang mengiktiraf para pemegang sijil kompetensi dari Suruhanjaya Tenaga.

https://www.mbot.org.my/MBOT/files/ca/ca0bd3e6-e907-4391-9555-3d7c1aabb7bf.pdf

Abgdin akan share apa benda yang abgdin faham pasal MBOT ni dan pengalaman sepanjang tempoh permohonan ni ya. sebab haritu masa abgdin post di fesbok ramai pulak tanya macam mana nak mohon so kita kongsi terus macam ni senang kat korang yang nak mohon tu ok.Bagi bidang kemahiran lain boleh rujuk kengkawan kita yang lain bukan apa takut salah info je kalau kongsi. orang kedah cakap jangan buat palatau.

Malaysia Board Of Technologists atau MBOT adalah sebuah badan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Dan badan ini pula mengiktiraf kemahiran dan bakat para teknologis dan juruteknik di Malaysia ini. bagi teknologis Profesional,mereka berhak menggunakan gelaran Ts. didepan nama dan Juruteknik Bertauliah berhak menggunakan gelaran Tc. dihadapan nama mereka.

kalau tanya abgdin baguslah dah ada MBOT ni sebab orang yang skill macam kita dah sebagai kerjaya yang dipandang dan diiktiraf. begitulah.  

MBOT ni juga mempunyai undang-undang sendiri iaitu Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (AKTA 768) korang kena baca dan fahamkan akta yang ada ni sebab korang mungkin akan disoal oleh panel tentang akta ni masa profesional interview nanti.

https://www.mbot.org.my/MBOT/files/9e/9e371a6a-9467-4303-916e-354617629732.pdf

Dari segi proses permohonan memang ambil masa sikit. macam abgdin dulu sampai lulus dapat Tc. ni dalam 8 bulan jugak.  Walaupun ambil masa sikit takde masalah pun kan. ok ni flow permohonan dan fees yang akan dikenakan.

ok kalau korang ada banyak soalan dan berminat nak mohon Tc. ni, abgdin sarankan join group di telegram ni. Route to Ts. & Tc. dalam ni semua bidang industri ada. dan banyak membantu dari segi info,cara nak buat cv,soalan interview eh semua la. korang just join dan tanya je dalam ni.

Route To Ts. & Tc.
Platform perkongsian ilmu & pengalaman antara Ts./Tc. & bakal Ts./Tc.

ok ini sahaja yang abgdin nak share kat korang. harap membantu la ya. akhir kata tak usah dilayan pada orang yang cakap takde guna mohon MBOT ni la membazir la apa la kan. korang nak mohon sila kan. taknak mohon sila kan. Lets agree to disagree. :)